Sebaik saja melihat lukisan itu, kami masing-masing kebuntuan. Ada yang mengangguk-anggukkan kepala seperti mendapat idea, ada yang menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak ada idea langsung. Otakku masih memerah idea. Gagal.
Inilah lukisannya (diilustrasi semula sebab tak ambil gambar ^-^):
Faham tak?
Cubalah fahamkan dulu?
....
.....
.......
Masih tak faham?
Pada mulanya, saya juga tak faham apa maksud lukisan ni. tapi setelah diterangkan oleh murabbi saya, barulah saya faham. Inilah tandanya kurang membaca.. Adoi, terkena betul kat batang hidung saya.
Baiklah, biar saya terangkan satu persatu apa yang ingin disampaikan dalam lukisan ini. Menarik!
Inilah kisah di mana seorang tabi'in iaitu Hasan al-Basri yang sedang berjalan-jalan bersama anak-anak muridnya. Sewaktu berjalan itu, mereka terjumpa satu tengkorak manusia. Hassan al-Basri pun mencucuk beberapa kali lubang telinga tengkorak itu menggunakan tongkatnya, namun tidak berjaya. Beliau meneruskan perjalanannya dan terjumpa pula tengkorak yang kedua. Beliau mengulang perbuatan yang sama. Kali ini, tongkat itu berjaya masuk ke telinga tengkorak tersebut sehingga tembus keluar. Beliau meneruskan lagi perjalananya sehingga bertemu pula dengan tengkorak yang ketiga. Kali ini, walaupun dicucuk tel inganya, tongkat tersebut tidak tembus keluar. Beliau pun membersihkan tengkorak tersebut dan menguruskan jenazahnya sehingga liang lahad.
Perbuatan Hassan al-Basri tersebut mengundang tanda tanya anak muridnya. Kemudian, beliau menjelaskan bahawa:
Tengko rak yang pertama itu semasa hayatnya telah mengabaikan majlis ilmu. Apa sahaja nasihat yang didengarinya, tidak diterima. Tengkorak jenis ini sangat keras hatinya. Bahkan memberi pelbagai alasan dan mencari-cari sebab untuk membangkang apa yang dinasihatkan kepadanya.
Tengkorak yang kedua pula, walaupun berada dalam majlis ilmu, apa-apa yang disampaikan masuk dari telinga kanan keluar dari telinga kiri. Dia lebih banyak menerima tetapi tidak mahu juga berubah. Sama saja keadaannya.
Tengkorak yang ketiga sewaktu hayat nya sentiasa istiqamah dalam belajar. Ilmu yang dipelajari menjadi pegangan. Apa yang diterima terus dipraktikkan dan dia istiqomah dengan amalannya.
Begitulah gambaran ketiga-tiga tengkorak dalam kisah tersebut memberi pengajaran betapa pentingnya elemen akal yang menentukan kemuliaan seseorang manusia - satu anugerah Allah SWT yang membezakan manusia daripada makhluknya yang lain.
Sekarang, kitalah yang memilih untuk termasuk dalam golongan tengkorak yang mana satu. Adakah kita mahu menjadi seorang yang keras hatinya, yang tidak mahu menerima pembaikan dan nasihat dari orang lain, atau mahu menjadi orang yang sedar dirinya ada masalah tapi tetap tidak mahu berubah ataupun mahu menjadi orang yang lembut menerima nasihat, sedia ditegur dan ilmu yang diterimanya terus diamalkan dengan istiqomah??
Tepuk dada, tanya iman.
Renung-renungkan dan selamat beramal!

Tidak ada komentar:
Posting Komentar